awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kelantan perkenan bubar DUN 22 Jun ini

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2023
04:15 MYT
Sultan Kelantan perkenan bubar DUN 22 Jun ini
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun ini. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun ini.
Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 akan datang.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas Mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan.
"Hari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 selepas saya menghadap Sultan Kelantan bagi memohon perkenan pembubaran DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan DUN.
"Justeru, Sultan Kelantan perkenan untuk membubarkan DUN pada 22 Jun ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan menghantar notis pembubaran itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.
Media sebelum ini melaporkan pemimpin keenam-enam negeri mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai untuk berbuat demikian adalah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun bagi membolehkan PRN diadakan serentak.
Sehingga kini, Pulau Pinang bercadang membubarkan DUN pada 28 Jun, manakala Negeri Sembilan pula dijangka 30 Jun ini.
Topic Berkaitan
#bubar DUN
#PRN
#Ahmad Yakob
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan