NATIONAL
'Sultan Melaka' didakwa, mengaku tidak bersalah

Gambar fail Noor Jan Tuah (dua, kanan) dan Surjan Singh (kiri) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada 21 Jan 2014. - fotoBERNAMA
Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya sebagai Sultan Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyamar dengan memperdaya empat lelaki.
Tertuduh Noor Jan Tuah, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Dalam insiden tiga tahun lalu, Noor Jan didakwa menyamar sebagai Sultan Melaka dengan mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kepada empat lelaki berusia 35 hingga 66 tahun.
Kesalahan dilakukan di A'Famosa Resort Melaka sekitar 10 malam, 28 Dis 2013.
Noor Jan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Noor Jan, yang diwakili peguam Surjan Singh Sidhu, merayu untuk dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama penuh kepada pihak mahkamah sejak 2013 serta ia merupakan kes yang ringan.
Bagaimanpun, Ifa Sirrhu membidas hujahan penguambela dengan menyatakan kes tersebut bukan sahaja mendapat perhatian di peringkat negeri malah di peringkat nasional kerana ia menyentuh perlembagaan negara.
Hakim Ahmad Sazali memutuskan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami