Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan pemaju hartanah yang dilihat dan dianggap lebih berminat membina rumah yang mahal untuk mengaut keuntungan besar.
Baginda bertitah istilah rumah 'mampu lihat' dan bukan 'mampu milik' semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera.
"Rumah-rumah yang siap dibina dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.
"Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan dalam kalangan hartawan di luar negara," titah baginda pada pengisytiharan daerah Muallim di sini.
Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Perak.
Sultan Nazrin bertitah isu perumahan merupakan satu isu penting yang wajib diberi perhatian sama ada oleh kerajaan atau pemaju.
Titah baginda negara wajib berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelak penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah.
"Pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang.
"Kepentingan perniagaan tidak seharusnya sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk – itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan," titah baginda.
Bernama
Mon Jan 11 2016
Sultan Nazrin bertitah, isu perumahan merupakan satu isu penting yang wajib diberi perhatian sama ada oleh kerajaan atau pemaju. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Parlimen: Pemaju digalak pasang panel solar untuk projek perumahan baharu - Fadillah
Sime Darby Property Bhd telah melaksanakan projek rintis solar bumbung, yang jika berjaya, akan dijadikan dasar nasional.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Kumpulan pertama Simen Rahmah berjaya diserah di Port Dickson, Kuala Krai
Simen Rahmah akan dibekalkan secara beransur-ansur sehingga 30 Jun 2028, dengan perbezaan harga ditanggung sepenuhnya oleh pengeluar.
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti semula syarat yang menetapkan pemaju perumahan untuk menyediakan kediaman mampu milik.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Exco tegur pemaju kayangan, baiki kaedah pembuatan
Kepincangan projek perumahan Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights yang dibangunkan syarikat pemaju ternama akan diatasi secepat mungkin.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Tiada kepala surat, pemaju perlu bersikap profesional - Exco
Syarikat pemaju yang terkait dengan kemelut projek perumahan Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights seharusnya bersikap lebih profesional dalam berdepan dengan isu yang dibangkitkan penduduk.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Kerajaan Selangor mahu pemaju bertanggungjawab
Kerajaan Negeri Selangor menggesa syarikat pemaju yang terkait dengan isu perumahan di Pangsapuri Harmoni 1 untuk bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang telah dibangkitkan penduduk.
[LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'
Penduduk Pangsapuri Harmoni 1 berang dengan kualiti projek perumahan mereka yang seperti tidak setimpal dengan harga dan kos yang dikenakan terhadap pembeli.