awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Anwar dan Prabowo: Dua sahabat, satu rantau, satu harapan
MALAYSIA
Kekangan kewangan dihadapi remaja ke IPG dapat perhatian Menteri Pendidikan
MALAYSIA
KDN tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447

Bernama
Bernama
27/06/2025
01:40 MYT
Sponsor Banner
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447
Al-Sultan Abdullah dan Tunku menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri ini dan di seluruh negara.
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri ini dan di seluruh negara.
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan tahun baharu Hijrah ialah simbol kepada pengorbanan, ketabahan dan permulaan kepada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.
"Tahun baharu hijrah merupakan saat yang amat penting dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar peringatan terhadap penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, tetapi lebih besar daripada itu," titah baginda berdua.
Baginda berdua menyeru seluruh umat Islam untuk bermuhasabah serta memperkukuh azam menjadi insan bertakwa dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat serta negara.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan seluruh rakyat di negeri ini diberikan keberkatan, kesihatan, keselamatan serta kekuatan iman dan perpaduan dalam mengharungi cabaran masa ini dan akan datang.
"Marilah kita jadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai medan untuk memperkukuh ukhuwah islamiah, mempertingkatkan ilmu, dan memperkasakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maal Hijrah 1447H
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Rasulullah SAW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami