awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian
Liga Mahasiswa cabar Adam Adli untuk berdialog secara terbuka
Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah atas pemergian Bung Moktar

Bernama
Bernama
05/12/2025
07:15 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah atas pemergian Bung Moktar
Baginda berdua menyampaikan harapan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT. -Facebook
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menghantar takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada awal pagi.
  • Mereka berharap keluarga Allahyarham diberi ketabahan dalam menghadapi ujian dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.
  • Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia selepas memenangi kerusi DUN Lamag dalam PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Melalui hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua menyampaikan harapan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.
Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, dan pemergiannya disahkan oleh anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang sebelum solat jenazah diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas selepas solat Jumaat.
Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 Nov lepas.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin? A: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
  • Q: Di manakah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia? A: Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
  • Q: Apakah jawatan politik yang dipegang oleh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum pemergiannya? A: Allahyarham adalah Ahli Parlimen Kinabatangan dan baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan