awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berangkat tiba ke istiadat kurnia darjah, bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-80

Bernama
Bernama
11/12/2025
02:40 MYT
Sultan Selangor berangkat tiba ke istiadat kurnia darjah, bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-80
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini bagi Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda. - Foto Media Selangor
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba ke Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua pada 9.30 pagi diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda di perkarangan istana.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam sembah ucapan taat setianya mewakili rakyat jelata, kepimpinan serta pentadbiran kerajaan negeri merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah Sultan Sharafuddin sempena ulang tahun hari keputeraan baginda.
"Patik sekalian senantiasa mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri serta kerabat Diraja Selangor dikurniakan dan dilimpahi 'afiyah, sakinah, sa'adah, dan fadilah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran
#Ulang Tahun Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan