PULAU INDAH: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Port Klang Cruise Terminal (PKCT) di sini yang sebelum ini dikenali sebagai Boustead Cruise Centre.
Sultan Sharafuddin bertitah pengambilalihan dan penjenamaan semula terminal pelayaran itu dilihat sebagai tepat pada masanya iaitu pada ketika negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang meruncing kesan pandemik COVID-19.
"Beta yakin dengan usaha yang dilakukan oleh pihak PKCT, ia boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan domestik dan antarabangsa di samping menjana semula pendapatan industri pelancongan di Selangor yang teruk terjejas," titah baginda.
Bagi mempertingkatkan mutu dan daya saing industri tersebut, Sultan Selangor menyarankan agar pihak PKCT dapat bekerjasama dalam mempertingkatkan tahap fasiliti dan infrastuktur di terminal supaya menjadi sebuah terminal pelayaran penumpang bertaraf antarabangsa.
Baginda juga bertitah agar kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak PKCT bagi memperkenalkan industri kraf tangan tempatan yang berkualiti tinggi kepada pelancong yang singgah di PKCT dengan mengadakan pameran hasil kraf tangan dari merata pelosok negara khususnya Selangor.
Turut berangkat ke majlis tersebut, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Sementara itu, Pengerusi PKCT Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk pelan pengembangan masa depan.
"Kami berhasrat untuk menambah dermaga bagi menampung lebih banyak singgahan kapal persiaran. Kami juga merancang untuk menaik taraf kemudahan terminal untuk menampung lebih ramai penumpang.
"Impian kami adalah untuk menjadikan PKCT sebagai pemangkin pertumbuhan industri pelancongan negara dan pemacu ekonomi Selangor," katanya.
PKCT adalah sebuah terminal pelayaran yang kini dimiliki oleh Klang Port Management Sdn Bhd, anak syarikat Northport (Malaysia) Bhd (Northport) dan Westports Malaysia Sdn Bhd (Westports).
Pada Disember 2019, Northport dan Westports memeterai usaha sama untuk mengambil alih pegangan saham Boustead Cruise Centre Sdn Bhd (BCC) pada nisbah 50:50 daripada Boustead Holdings Bhd bagi mengambil alih terminal pelayaran, Boustead Cruise Centre.
Pada Mac 2021, Northport, Westports dan Boustead telah memeterai Perjanjian Jual Beli Saham (SSPA) untuk pemerolehan BCC dan pengambilalihan selesai pada 23 Sept 2021 seterusnya pemilik baharu melaksanakan penjenamaan semula dan kini terminal pelayaran itu dikenali sebagai PKCT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) berkenan berbual bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (dua, kanan) selepas merasmikan Port Klang Cruise Terminal (PKCT) di Pulau Indah hari ini. - Foto BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Keputeraan Sultan Selangor: Wan Ahmad Dahlan, Faisal Halim antara penerima darjah, bintang kebesaran
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.
Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
Sultan Sharafuddin isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark Kebangsaan pertama Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.
AGC masih teliti representasi kedua Muhammad Sanusi, perbicaraan ditunda 10 Disember
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.