awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu

Bernama
Bernama
03/10/2024
16:26 MYT
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor dan Tunku Mahkota Ismail membincangkan pelbagai isu melibatkan institusi diraja serta arena bola sepak tanah air. - Gambar FB Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan pada pertemuan lebih sejam itu, Sultan Selangor dan Tunku Mahkota Ismail membincangkan pelbagai isu melibatkan institusi diraja serta arena bola sepak tanah air.
"Pada pertemuan ini, Sultan Selangor menegaskan bahawa perlunya ada kesatuan dan kesepaduan yang utuh di antara kesemua sembilan Raja-Raja Melayu.
"Titah baginda, Raja-Raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa bantu-membantu ketika berdepan apa jua permasalahan rakyat jelata. Ini sangat penting kerana peranan Raja-Raja Melayu dalam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini melangkaui isu agama malah membabitkan isu semasa," menurut hantaran itu.
Sultan Selangor mengingatkan semua kerabat diraja supaya mempamerkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak umum atau di media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia agar dihormati serta disayangi rakyat.
Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa isu-isu yang sensitif membabitkan sesama Raja Melayu dielak daripada dibincangkan di media sosial.
Sultan Sharafuddin juga bertitah bola sepak adalah sukan rakyat yang telah sekian lama menyatupadukan masyarakat dan harus dipelihara serta dikekalkan sebagai antara wadah keharmonian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#bola sepak
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan