awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor zahir penghargaan kepada petugas beri vaksin pada Aidiladha

Bernama
Bernama
22/07/2021
20:13 MYT
Sultan Selangor zahir penghargaan kepada petugas beri vaksin pada Aidiladha
Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam di Selangor agar menghayati dan memahami intipati khutbah Aidiladha yang memberi penekanan dalam mengukuh perpaduan dan persaudaraan ummah. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan khas kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di hospital serta pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di seluruh negeri ini yang bertungkus lumus bertugas pada Aidiladha, Selasa lepas.
Menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam, baginda menzahirkan rasa bangga dengan kegigihan pihak terlibat dalam usaha mempercepat suntikan vaksinasi kepada rakyat Selangor dan mendoakan agar pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal.
"Sehingga 21 Julai, kadar vaksinasi rakyat Selangor yang memperoleh satu dos suntikan telah mencecah 46.9 peratus bersamaan 2.95 juta dos manakala 15.27 peratus rakyat negeri ini telah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing," menurut hantaran tersebut.
Sultan Sharafuddin turut menegaskan kadar vaksinasi COVID-19 di Selangor perlu diperluas bagi mengurangkan kadar kematian yang mencecah 84 kematian (21 Julai).
Dalam pada itu, baginda turut menyeru umat Islam di Selangor agar menghayati dan memahami intipati khutbah Aidiladha yang memberi penekanan dalam mengukuh perpaduan dan persaudaraan ummah.
Baginda bertitah antara perkara yang boleh diambil iktibar berdasarkan khutbah Aidiladha yang bertajuk 'Persaudaraan Umat Islam: Pengalaman Ibadah Haji dan Korban' adalah matlamat pelaksanaan ibadah haji dan korban yang mengajar umat Islam untuk terus mengukuhkan persaudaraan.
Sultan Sharafuddin bertitah sebagai umat Islam yang bersaudara, seharusnya mereka mengelakkan persengketaan, menjauhi fitnah dan berburuk sangka sesama mereka.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Selangor
#COVID-19
#petugas barisan hadapan
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#Aidiladha
#suntikan
#khutbah Aidiladha
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan