awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Johan Ariff

Bernama
Bernama
29/08/2025
02:20 MYT
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Johan Ariff
Allahyarham Johan pernah bekerjasama dengan Sultan Sharafuddin dalam pelbagai penerbitan termasuk Dapur Istana Alam Shah: Royal Recipes From Tengku Ampuan Rahimah Selangor. - Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga perunding reka bentuk dan penjenamaan tersohor Datuk Johan Ariff Abdullah Ariff yang meninggal dunia pada Rabu lepas.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Allahyarham merupakan kenalan rapat kepada Sultan Selangor, dan telah mereka bentuk Lambang Diraja bagi Tengku Ampuan Selangor.
Anak kepada pelukis tersohor Abdullah Ariff yang dikenali sebagai Father of Modern Art in Malaysia itu juga pernah bekerjasama dengan Sultan Sharafuddin dalam pelbagai penerbitan termasuk Dapur Istana Alam Shah: Royal Recipes From Tengku Ampuan Rahimah Selangor serta penerbitan mengenai Masjid Istana Diraja dan Galeri Automobil Diraja.
Allahyarham yang merupakan Pengasas Johan Design Associates (JDA) juga terlibat dalam penjenamaan korporat serta identiti beberapa institusi seperti Petronas, Malaysia Airlines, KLCC Property, Putrajaya Holdings, Sapura Kencana, TRX dan kebanyakan bank di Malaysia.
Allahyarham Johan Ariff merupakan Pengasas Bersama Kejohanan Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) yang telah meletakkan Malaysia dalam peta pelayaran antarabangsa, selain pernah menyandang jawatan Komodor di Royal Selangor Yacht Club.
"Atas jasa dan bakti, Allahyarham telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada 1996 serta Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) pada 1989 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," menurut hantaran itu.
Baginda berdua turut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johan Ariff Abdullah Ariff
#Sultan Selangor
#ucapan takziah
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan