awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran

Bernama
Bernama
23/03/2023
13:43 MYT
Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Baginda bertitah, ia bagi mengangkat kemuliaan bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
Baginda bertitah, ia bagi mengangkat kemuliaan bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan.
Titah baginda, aktiviti bertadarus beramai-ramai bukan sahaja mampu memberi semangat dan motivasi kepada umat Islam, malah mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
"Ramadan juga dikenali sebagai bulan al-Quran, kerana pada permulaannya diturunkan mukjizat teragung umat Islam.
"Ia mengandungi pelbagai fadilat terhebat jika membacanya, apatah lagi 'mentadabbur' (menghayati dan merenung) kitab suci tersebut pada bulan Ramadan," titah baginda dalam perutusan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini.
Selain itu Sultan Mizan turut menyeru kepada semua rakyat supaya membayar zakat kepada MAIDAM dan memperbanyakkan sedekah pada bulan ini.
Baginda bertitah pemberian zakat dan sedekah dapat melatih jiwa, supaya lebih prihatin dengan nasib saudara seagama yang mengalami kesusahan hidup.
"Beta menyeru semua rakyat supaya menunaikan zakat kepada MAIDAM melalui amil yang dilantik.
"Mudah-mudahan zakat yang kita keluarkan dapat disalurkan sebaik mungkin kepada asnaf yang berhak. Ia juga dapat memberikan sinar buat mereka dalam mempersiapkan diri menyambut Ramadan," titah baginda.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#MAIDAM
#Ramadan
#Sultan Terengganu
#tadarus al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan