KOTA BHARU: Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah mendahului senarai 769 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-53 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.
Baginda yang dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK) pada istiadat penganugerahan yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.
Turut menerima anugerah DK ialah Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Sementara itu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Turut menerima SPMK ialah Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam.
Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan.
Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) yang membawa gelaran Datuk kepada Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad; Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut menerima gelaran Datuk ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).
Penerima tunggal bagi darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan (SPJK) yang juga membawa gelaran Datuk ialah bekas Komisioner Jeneral Penjara Datuk Zulkifli Omar.
Seramai 12 penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Dr Izani Husin.
Tujuh penerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) termasuk Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Rashidin Hashimi Ab Rashid; Pengarah Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Artileri Brig Jen Datuk Zulmajdi Yunus dan Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia Brig Jen Datuk Abu Hasan Assha'ari Kamis@Shaffiee.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK), seramai 18 penerima menerima gelaran Datuk antaranya Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Abdul Haris Muhammad; bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.
Dua penerima Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) yang membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK). - Foto BERNAMA

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

Sultanah Kelantan dahului senarai 769 penerima darjah kebesaran, pingat Kelantan
Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.

Gelaran Sultanah Kelantan tidak boleh diguna tanpa pengumuman rasmi
Pihak Istana Kelantan menyeru rakyat dan pihak media supaya tidak mudah dipengaruhi maklumat yang belum disahkan tersebar di media sosial.