SEPANG: Sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan United Kingdom yang diterima hari ini akan digunakan sebagai dos vaksin pertama.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar
sumbangan berkenaan akan diedar ke seluruh negara dalam kadar segera.
"Ini adalah dos pertama dan kita bakal menerima satu lagi penghantaran vaksin ... kerajaan Malaysia akan mendapat lebih 500,000 dos AstraZeneca pada akhir Ogos dan akan digunakan sebagai dos kedua," katanya.
"Kita masih menunggu tarikh penghantaran dan saya diberitahu wakil AZ, kita dijangka menerimanya pada akhir Ogos," tambahnya.
Khairy berkata demikian ketika ditemudi di Program Program Ketibaan Vaksin COVID-19 sumbangan United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairy menzahir penghargaan Kerajaan Malaysia atas sumbangan vaksin daripada Kerajaan United Kingdom yang dapat membantu melancarkan perjalanan PICK.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan UK atas sumbangan ini dan ini sekali gus dapat mempercepatkan kapasiti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Ogos dan September ini.
"Ketika ini, Malaysia merupakan negara berjaya memberikan vaksin dengan kapasiti yang tinggi melebihi negara lain," ujarnya lagi.
"Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan UK dalam membantu rakan kita Malaysia. Kami percaya sumbangan ini dapat mempertingkatkan pemberian vaksin dan dapat melindungi lebih banyak nyawa.
"Hubungan UK dan Malaysia bagaikan aur dengan tebing. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga sumbangan vaksin dari Britain dapat membantu meningkatkan lagi kadar vaksinasi di Malaysia, supaya lebih ramai dapat dilindungi dari ancaman COVID-19," tambahnya.
Terdahulu, Pesawat Emirates Airlines EK 346 yang membawa 415,000 dos vaksin itu tiba kira-kira jam 2.20 petang di KLIA.
Ketibaan pesawat itu turut disambut Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama-sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Charles Hay.
Fareez Azman
Tue Aug 03 2021
Pesawat Emirates Airlines bawa 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan UK tiba di KLIA kira-kira 2.20 petang ini. - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.