KUALA LUMPUR: Bantuan berbentuk sumbangan semata-mata tidak dapat memutuskan rantaian ganas kemiskinan, sebaliknya peluang, inovasi dan integrasi boleh mengubah penerima bantuan ekonomi menjadi peserta dalam pemulihan ekonomi keseluruhannya.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah-langkah pelindungan sosial serta pelbagai rancangan perlu digabungkan menerusi usaha pembaharuan ekonomi berskala besar yang akan memulihkan ekonomi negara dalam semua sektor.
"Secara keseluruhannya terdapat banyak dimensi dan rancangan ke arah membasmi kemiskinan, bagaimanapun apa yang tetap penting adalah kekuatan menggembleng lebih banyak bantuan dengan dilengkapi fokus yang diperbaharui bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran yang tepat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian di sesi webinar maya Towards National Recovery and The Next Phase: Eradicating Hardcore Poverty by 2025, sempena hari antarabangsa pembasmian kemiskinan di sini hari ini.
Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan di seluruh dunia perlu bekerjasama rapat menangani impak COVID-19, terutama dalam aspek peningkatan kes-kes kemiskinan yang membimbangkan.
Beliau berkata kerajaan perlu menerima pakai, sekurang-kurangnya pendekatan bersama bergerak dalam landskap pasca COVID-19 global.
"Janganlah ada negara mengambil kesempatan daripada kerentanan ekonomi relatif dari negara lain dan jangan ada negara yang mendapat keuntungan dari penderitaan sesama negara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah-langkah pelindungan sosial serta pelbagai rancangan perlu digabungkan menerusi usaha pembaharuan ekonomi berskala besar yang akan memulihkan ekonomi negara dalam semua sektor. - Foto BERNAMA
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk.
Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan
Pusat Khidmat Parlimen Gombak dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga terjejas.
Sumbangan bantuan semata-mata tidak cukup untuk tangani kemiskinan - Muhyiddin
Bantuan berbentuk sumbangan semata-mata tidak dapat memutuskan rantaian ganas kemiskinan, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin.