awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan minyak percuma untuk keselesaan penduduk setempat

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2017
07:33 MYT
Sumbangan minyak percuma untuk keselesaan penduduk setempat
Abdul Mutalif berkata inisiatif itu diambil sempena kehadiran Syawal dalam membantu mereka yang memerlukan. - Gambar UMNO PJS
Minyak percuma, isi sampai penuh.
Walaupun seolah-olah tidak logik namun ia diberikan kepada lebih 2,000 penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Medan di sini sempena sambutan Aidilfitri.
Penganjur program, Timbalan Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Taman Medan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata inisiatif itu diambil pihaknya sempena kehadiran Syawal dalam membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan kurang berkemampuan.
"Syukur segalanya dipermudahkan. Program isi minyak percuma ini mendapat sambutan yang cukup baik. Lebih 2,000 buah motosikal mendapat manfaat dari inisiatif ini.
"Sekurang-kurangnya ia membantu. Terima kasih pada yang semua yang hadir," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Abdul Mutalif berkata sumbangan minyak petrol percuma itu adalah untuk memberikan keselesaan kepada penduduk setempat agar kemeriahan dan kedatangan Syawal dapat dirasai bersama-sama.
Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Siti berkata, program itu membantu mereka yang memerlukan khasnya pada masa kenaikan harga pelbagai jenis barang keperluan.
Seorang lagi penduduk, Mohd Danial berkata program ini sedikit sebanyak dapat membantunya menjimatkan wang.
Jelasnya, peruntukan minyak percuma membantu memudahkannya melawat rakan-rakan pada Hari Raya Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#minyak
#petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan