awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbat 26 PATI Myanmar dalam sebuah rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2025
00:20 MYT
Sumbat 26 PATI Myanmar dalam sebuah rumah
Antara PATI Myanmar yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kok Pasir, Tumpat pada Sabtu. - Foto PGA/Sinar Harian
TUMPAT: Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.
Serbuan terhadap PATI warganegara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.
Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita berada di dalam dan luar rumah berkenaan.
“Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Tumpat
#Pasukan Gerakan Am
#pendatang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan