awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumber REE di Negeri Sembilan dianggar bernilai RM30 bilion - Aminuddin

Bernama
Bernama
04/10/2023
10:45 MYT
Sumber REE di Negeri Sembilan dianggar bernilai RM30 bilion - Aminuddin
Aminuddin berkata, aktiviti perlombongan itu akan mengikut panduan ditetapkan Kerajaan Persekutuan serta pihaknya juga sedang memperincikan beberapa SOP di peringkat negeri. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan dianggarkan mempunyai sumber unsur nadir bumi (REE) mencecah nilai RM30 bilion.
Beliau berkata kerajaan negeri bersedia untuk memulakan aktiviti perlombongan sumber tersebut dan Jabatan Mineral dan Geologi juga telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini mempunyai sumber mineral berkenaan.
Katanya, aktiviti perlombongan itu akan mengikut panduan ditetapkan Kerajaan Persekutuan serta pihaknya juga sedang memperincikan beberapa prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri.
"Kalau ikutkan RM30 bilion, ini anggaran sahaja di negeri ini. Kerajaan negeri akan lihat keperluan wujudnya pusat sehenti bagi memastikan REE dapat dikawal.
"Kami akan ikut SOP Kerajaan Persekutuan dan cara pelaksanaan perlombongan REE oleh kerajaan Perak.
"Sebelum akhir tahun ini, kita akan memperincikan SOP di peringkat negeri...kita juga mahu lihat bagaimana bayaran royalti iaitu antara perkara perlu pertimbangan sebelum ia dimulakan seawal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat EXCO di sini hari ini.
Aminuddin berkata sebelum memulakan perlombongan REE, antara perkara yang perlu diberikan perhatian termasuk berkaitan status tanah kawasan tersebut sama ada melibatkan tanah kerajaan, individu atau syarikat.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata kerajaan negeri kini dibenarkan membuat penerokaan awal REE, berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sumber REE
#tanah kerajaan
#aktiviti perlombongan
#bayaran royalti
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan