awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Korok rekod lapan kematian dalam tempoh lima tahun

Bernama
Bernama
08/07/2025
13:00 MYT
Sungai Korok rekod lapan kematian dalam tempoh lima tahun
Kawasan Sungai Korok dekat Jitra yang menjadi lokasi kematian enam beranak selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu telah merekodkan lapan kematian dalam tempoh lima tahun sejak 2021. - BERNAMA
ALOR SETAR: Kawasan Sungai Korok dekat Jitra yang menjadi lokasi kematian enam beranak selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu telah merekodkan lapan kematian dalam tempoh lima tahun sejak 2021.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata jumlah itu termasuk enam beranak yang ditemukan maut dalam kereta semalam.
"Pada Dis 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai berkenaan manakala pada Dis 2022 pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas lalu terjunam ke dasar sungai berkenaan.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Korok pada 2023 dan tahun lepas," katanya kepada pemberita, hari ini
Mohd Radzi berkata pada Mei lepas, sebuah kereta yang dinaiki empat pelajar sebuah universiti terhumban ke sungai itu namun kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap kanan bahagian belakang kereta.
"Tetapi, paling menyedihkan adalah kejadian semalam yang telah mengakibatkan enam beranak meninggal dunia apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas dan menggelongsor ke dalam sungai berkenaan," katanya.
Menurut beliau, antara faktor kemalangan yang berlaku di kawasan Sungai Korok itu dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan hilang kawalan, tergelincir serta faktor manusia sehingga menyebabkan kenderaan terbabas ke dalam sungai.
Dalam pada itu, beliau berkata orang awam turut mencadangkan supaya penghadang keselamatan dipasang di sepanjang laluan berisiko kerana telah berlaku beberapa kes lemas dan kemalangan maut sebelum ini.
"Kempen kesedaran pengguna jalan raya terutama ketika memandu bersendirian atau membawa keluarga melalui laluan sempit berdekatan sungai juga perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Korok
#enam beranak
#kematian
#Polis Daerah Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan