awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2023
06:08 MYT
Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian suntikan HPV terpaksa ditangguhkan pada tahun 2021 berikutan gangguan bekalan vaksin HPV di peringkat global. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dilaksanakan semula.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian suntikan itu terpaksa ditangguhkan pada tahun 2021 berikutan gangguan bekalan vaksin HPV di peringkat global.
"Namun pada Disember lalu, Kementerian Kesihatan berjaya membuat perolehan sebanyak 100,000 dos vaksin dan ia sudahpun berada di lapangan.
"Jadi, KKM akan memulakan pemberian vaksin HPV kepada remaja berusia 13 tahun tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi program vaksin HPV sekolah, Malaysia agak ketinggalan disebabkan pandemik yang melanda.
Menurut beliau, berdasarkan data KKM pada 2020, seramai 209,279 iaitu 98.2 peratus pelajar perempuan Tingkatan 1, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin HPV dan seramai 206,042 atau 96.7 peratus sudah menerima dua dos vaksinasi dalam tahun berkenaan.
Bagaimanapun pada 2021, hanya 34,933 atau 12.7 peratus pelajar perempuan Tingkatan 1 menerima dos pertama dan 31,708 atau 6.4 peratus menerima dos kedua.
Topic Berkaitan
#vaksin papilomavirus manusia
#kanser serviks
#pelajar tingkatan satu
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan