Suntikan vaksin pneumokokal secara percuma akan dilaksanakan bulan Jun tahun ini khusus bagi setiap bayi yang lahir mulai 1 Januari 2020.
Menurut timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye, kementeriannya telah memperuntukkan RM60 juta bagi tujuan itu yang diumumkan dalam belanjawan 2020 sebelum ini.
"Untuk program pneumokokal, kerajaan telah peruntukkan RM60 juta untuk tahun ini dan kita masih dalam proses perolehan ubat tersebut supaya selepas perolehan akan diedar ke semua klinik dan hospital.
"Kita jangka pelaksanaannya akan bermula bulan Jun, jadi mereka yang layak adalah setiap bayi yang lahir 1 Januari 2020.
"Mereka akan terima ada yang tanya yang lahir sebelum itu macam mana, itu sebab tidak ada dalam bajet, tak ada ruang untuk berikan," kata Boon Chye.
Lee berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan alat perubatan lega kepada Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan pemberian vaksin secara percuma kepada semua kanak-kanak menerusi program imunisasi kebangsaan dikatakan dapat mengelakkan pelbagai jangkitan penyakit yang boleh membawa maut.
Penyakit pneumokokal disebabkan bakteria dikenali sebagai streptococcus pneumoniae yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan serius dan sering berlaku dalam kalangan golongan muda, warga emas dan mereka yang mengalami keadaan perubatan serius.
Ia termasuk jangkitan paru-paru, radang paru-paru, meningitis, jangkitan dalam darah, jangkitan sinus dan jangkitan telinga tengah.
Pemberian vaksin pneumokokal dilapor mampu menjimatkan kos perubatan kerajaan sehingga RM488 juta sekali gus menurunkan kadar kematian sehingga 792 kes dalam tempoh lima tahun.
Aida Aziz
Fri Jan 03 2020
Pemberian vaksin pneumokokal dilapor mampu menjimatkan kos perubatan kerajaan sehingga RM488 juta. - Gambar hiasan
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Dr Lee Boon Chye dilantik Pengerusi Interim PKR Perak
Ia bagi menggantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.
Aplikasi MySejahtera mungkin diwajibkan kepada premis tertentu - Mohd Redzuan
Perkara itu sedang dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain mengenai sama ada ia boleh dikuat kuasa sebagai satu undang-undang.
Minum air suam atau alkohol tidak berkesan cegah COVID-19 - Dr Lee
Saluran pernafasan dan sistem gastrointestinal mempunyai laluan yang berbeza walaupun berkongsi kawasan umum di dalam kerongkong.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.
KKM siasat kes pelancong China suspek koronavirus di Sabah
KKM masih menyiasat berhubung kes seorang pelancong warga China yang kononnya dikejarkan ke hospital di Sabah kerana dijangkiti koronavirus hari ini.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Teknologi 5G tidak mudaratkan kesihatan - Timbalan Menteri Kesihatan
Gelombang elektromagnetik yang dibawa teknologi 5G tidak mendatangkan kemudaratan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, langkah wajar yang sepatutnya diamalkan ialah menjaga kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang.
Suntikan vaksin pneumokokal percuma untuk bayi bermula Jun 2020
Kementerian telah memperuntukkan RM60 juta bagi tujuan itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.