SEJAJAR dengan pembukaan semula ekonomi dan peralihan Johor kepada fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Sunway Hospitality akan melancarkan Sunway Hotel Big Box yang bernilai RM160 juta secara berperingkat mulai 1 Oktober ini.

Terletak di Sunway City Iskandar Puteri dengan keluasan 1,800 ekar yang merupakan pembangunan bandar bersepadu dilengkapi kediaman, hospitaliti, pendidikan dan kemudahan beli-belah dan elemen perubatan, hotel dengan 284 bilik ini menawarkan para tetamu dengan akses kepada taman permainan yang dikelilingi alam semula jadi dan paya bakau hasil daripada usaha pemuliharaan Sunway.

Malah, Sunway Hotel Big Box merupakan rangkaian hotel yang pertama Sunway di selatan tanah air yang bertemakan alam semula jadi dan pengembaraan.

"Selain itu, tidak kira sama ada bersama keluarga, korporat mahupun individu, boleh menikmati pengembaraan menyeronokkan di taman eco semula jadi ini yang menghijau ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagi para pengunjung, hotel tersebut mudah diakses menerusi Lapangan Antarabangsa Senai, Terminal Feri Puteri Harbour dan Coastal Highway Southern Link (CHSL) dari Singapura, yang hanya terletak 5 kilometer sahaja.

Mereka boleh memilih 5 kategori penginapan iaitu Deluxe Room, Deluxe Plus Room, Family Suite, Executive Suite dan Premier Suite yang mana masing-masing mempamerkan keunikan hiasan dalaman yang kontemporari.

Ketika prapelancaran Oktober ini, mereka boleh membuat tempahan untuk Deluxe King atau Twin Rooms dengan keluasan 32 meter persegi untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak atau memiliki Family Suites dengan keluasan 57 meter persegi dengan ruang yang lebih luas dan bilik tidur bersaiz Super King atau berkembar.

Pihak hotel turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamu antaranya, bersantai di kolam renang, kolam renang kanak-kanak, bersenam di pusat kecergasan yang dibuka 24 jam atau menghirup minuman sejuk dan menonton sukan secara langsung di Pool Bar.

Pendas Café juga menyediakan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan 24 jam menu untuk tempahan di bilik dan pelbagai pilihan makanan dan minuman (F&B) tambahan di Sunway Big Box Retail Park.

Untuk tetamu korporat pula, Sunway Hotel Big Box menyediakan bilik mesyuarat yang fleksibel yang mampu memuatkan antara 20 hingga 300 orang beserta kemudahan video LED dan skrin sesentuh mudah alih interaktif 86 inci.

Para tetamu kini boleh menikmati era baharu, budaya dan hospitaliti mesra alam di Sunway Hotel Big Box dengan pelbagai pilihan pakej bilik eksklusif dan hidangan, sah untuk penginapan sehingga 31 Disember 2021.


*Berita asal di DagangNews.com