awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat tunjuk sebab: Anwar mahu 'checkmate' PAS - Sumber

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/08/2014
10:59 MYT
Surat tunjuk sebab: Anwar mahu 'checkmate' PAS - Sumber
Surat tunjuk sebab: Anwar mahu 'checkmate' PAS - Gambar fail
Surat tunjuk sebab yang dihantar Lembaga Disiplin PKR kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memintanya meletak jawatan dilihat tekanan kepada PAS supaya memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baharu.
Ia berikutan mesyuarat PAS untuk menentukan pendirian mengenai isu berkenaan yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos ini, dua hari selepas tarikh tamat Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Menurut sumber dalaman PKR, sekiranya Abdul Khalid dipecat sebelum 10 Ogos, MB itu akan kehilangan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan 15 ADUN DAP yang merupakan majoriti anggota ADUN Selangor.
"Hal ini akan memaksa PAS untuk menerima keputusan PKR termasuk menamakan Wan Azizah sebagai calon MB.
"PAS sehingga kini dilihat masih berpendirian tidak menerima calon MB Wanita," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.
Pada Rabu, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Disiplin PKR meminta Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Tee Kwong menambah, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju untuk memilih Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baharu.
Kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi).
Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi.
Topic Berkaitan
#Anwar
#DAP
#MPN
#PAS
#PKR
#tunjuk sebab
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan