awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surau di semua lebuh raya PLUS dibuka semula hari ini

Bernama
Bernama
16/11/2020
06:33 MYT
Surau di semua lebuh raya PLUS dibuka semula hari ini
Keputusan itu selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Gambar fail
Semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk di Negeri Sembilan dibuka semula hari ini.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan berkenaan dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak.
"PLUS turut mengingatkan pelanggan yang menggunakan surau di lebuh raya, supaya mendaftar diri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual bagi urusan pengesanan kontak rapat sekiranya perlu.
"Pengguna juga diingatkan untuk membawa kelengkapan solat sendiri seperti telekung dan sejadah bagi memastikan kebersihan diri terjaga ketika solat kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat masa ini," maklum kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu penandaan bagi penjarakan fizikal juga disediakan di setiap ruang solat dan kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal satu meter.
Selain itu, PLUS juga memastikan surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#lebuh raya
#PLUS
#SOP
#jabatan agama islam
#PKPB
#R&R
#hentian
#Lebuhraya Utara Selatan
#pengguna
#solat
#surau
#rawat & rehat
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan