awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah maut, suami patah bahu kereta terbabas langgar lopak air

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2022
21:56 MYT
Suri rumah maut, suami patah bahu kereta terbabas langgar lopak air
Kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 392.2 LPT2 Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
HULU TERENGGANU: Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, yang berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
"Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu bergerak dari rumah di Batu Rakit menuju ke rumah saudara mereka di Cheneh, Kemaman bersama dua anak saudara.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut telah melanggar lopak air dan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan jalan menghala ke Bukit Besi," katanya kepada pemberita, pada Sabtu.
Mohd Adli berkata, pemandu kenderaan patah bahu sebelah kiri manakala dua lagi penumpang iaitu Mohamad Danish Iskandar Mohd Darus, 8, dan Mohamad Danish Idlan Mohd Darus, 4, mengalami cedera ringan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penghadang jalan
#LPT2
#Norbibi Arisysa Ab Latif
#langgar lopak air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan