KUANTAN: Seorang wanita terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas suaminya sakit dan terlantar kerana luka akibat kencing manis pada tapak kakinya semakin teruk, sejak enam bulan lalu.
Tengku Susilawati Tengku Omar, 43, berkata, suaminya Tengku Azahar Tengku Husin, 44, kini tidak boleh berjalan apatah lagi untuk bekerja.
Dengan permasalahan itu, pendapatan untuk perbelanjaan keluarga mereka semakin merosot lalu mendorong Tengku Susilawati untuk bekerja dengan menjual pelbagai barangan basah seperti ikan dan sotong untuk dihantar terus ke rumah pelanggan di sekitar Kuantan.
"Sebelum ini, saya seorang suri rumah dan hanya suami yang bekerja mencari rezeki.
"Tetapi selepas suami sakit, saya terpaksa membantunya dengan menjual hasil laut bagi mendapatkan wang untuk menyara anak-anak yang masih bersekolah, membayar sewa rumah, bil utiliti serta membeli ubat-ubatan suami yang mencecah RM500 setiap bulan bulan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Pelindung Damai di Beserah.
Kata wanita itu, kata-kata semangat daripada suaminya menjadikan dirinya terus kuat untuk menjalankan perniagaan meskipun bermula tanpa pengalaman.
"Saya perlu kuat dan tidak boleh putus asa untuk berusaha demi keluarga," ujarnya.
Tengku Susilawati juga menjual pelbagai produk hasil laut secara dalam talian seperti keropok serta ikan kering.
Sementara itu, Tengku Azahar terharu melihat kesanggupan isterinya mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga sejak dia sakit.
“Saya hargai penat lelah isteri kerana dia bukan sahaja membantu menyara keluarga tetapi menjaga saya dengan baik," ucap lelaki itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 05 2022
Tengku Susilawati (kanan) menjual ikan kepada salah seorang pelanggan. - Foto Sinar Harian
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Suri rumah tekad berniaga selepas suami terlantar sakit
Kata-kata semangat daripada suaminya menjadikan dirinya terus kuat untuk menjalankan perniagaan meskipun bermula tanpa pengalaman.