awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M

Fareez Azman
Fareez Azman
21/02/2019
03:54 MYT
Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini mendedahkan maklumat terperinci dan mengejutkan berhubung beberapa insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia. - Gambar hiasan
Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku hakim mahkamah rayuan dan persekutuan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, terma rujukan suruhanjaya itu belum diputuskan lagi buat masa ini.
"Terpulanglah kepada suruhanjaya siasatan diraja itu kelak untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh hakim berkenaan.
"Kita akan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, terma-termanya akan ditentukan kemudian,” jelas Dr Mahathir ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan dibuat hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.
Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Menerusi satu afidavit, Hamid mendedahkan terdapat salah laku dalam kalangan hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan termasuk beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman.
BACA: Badan kehakiman buat laporan polis berhubung dakwaan dalam afidavit
Sebelum ini, Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan RCI berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam afidavit yang dibuat Hamid itu.
Saranan sama turut dibuat peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla baru-baru ini.
BACA: Antara nasi beriani, Malaysia Baharu dan sistem kehakiman - Hamid Backer
Afidavit 63 muka surat itu mendedahkan maklumat terperinci dan mengejutkan berhubung beberapa insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia, termasuk dakwaan campur tangan dalam keputusan rayuan kes di bawah Akta Hasutan bekas Pengerusi Kebangsaaan DAP mendiang Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
Topic Berkaitan
#afidavit
#campur tangan
#dakwaan
#hakim
#Hamid Sultan Abu Backer
#Mahathir Mohamad
#rayuan
#RCI
#salah laku
#siasatan
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan