awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tenaga perlu lebih cekap - AWER

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2020
12:08 MYT
Suruhanjaya Tenaga perlu lebih cekap - AWER
S. Piarapakaran memberitahu, pengguna di Semenanjung Malaysia perlu bersedia dengan penggunaan teknologi smart meter. - Gambar fail/ Sinar Harian
Suruhanjaya Tenaga perlu lebih cekap dalam pelaksanaan pengurusan kecekapan tenaga termasuk berkaitan pelabelan produk elektrik di negara ini.
Menjelaskan perkara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, ketika ini hanya kira-kira 20 peratus produk elektrik di Malaysia yang mendapat pengiktirafan label kecekapan tenaga daripada suruhanjaya itu.
Angka itu katanya, jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain seperti Korea Selatan yang menyaksikan kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada produk elektrik di negara itu telah diiktiraf.
Beliau mengambil contoh dalam situasi semasa dimana kedua-dua suami dan isteri terpaksa bekerja, maka isi rumah terpaksa menggantikan tenaga manusia dengan peralatan elektrik, yang akhirnya memberi kesan kepada peningkatan guna tenaga elektrik.
"Maaf nak cakaplah, Suruhanjaya Tenaga ini memang 'lembab' dalam hal ini (pelaksanaan pengurusan kecekapan tenaga). Mereka cakap mereka benchmark dengan international standard.
"Bila tanya, cakap sama standard dengan Vietnam, kurang sikit dengan dari Thailand," katanya ketika ditemubual Astro AWANI menerusi Skype di sini, pada Sabtu.
Suruhanjaya Tenaga merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.
Pelabelan cekap tenaga ini adalah bagi mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.
Suruhanjaya Tenaga diselar tidak cekap #NormalBaharu #DisiplinMalaysia mampu #HapusCOVID19 pic.twitter.com/cPNmUDs1Kt
— Astro AWANI (@501Awani) June 20, 2020
Dalam perkembangan lain, Piarapakaran memberitahu, pengguna di Semenanjung Malaysia perlu bersedia dengan penggunaan teknologi smart meter (meter pintar) yang mempunyai kelebihan memantau tahap penggunaan tenaga secara harian kerana mereka dapat menjejak penggunaan menggunakan aplikasi sahaja.
Tambahan lagi, katanya, pengguna yang mempunyai meter pintar mendapat manfaat tambahan tidak memerlukan pembaca meter datang mengambil bacaan meter.
Menjelaskannya, Piarapakaran berkata, proses penukaran meter berkemungkinan akan mewujudkan perubahan dalam pola penggunaan tenaga elektrik.
"Di mana mungkin sebelum ini pengguna dibilkan rendah tetapi penggunaannya tinggi dan sebaliknya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bil elektrik
#COVID-19
#international standard
#Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia
#PKPP
#Suruhanjaya Tenaga
#Thailand
#TNB
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan