awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bakar isteri ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
07:53 MYT
Suspek bakar isteri ditahan
Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek akan direman pada Jumaat untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - Gambar hiasan
KEPALA BATAS: Suspek yang membakar isterinya dengan petrol berjaya ditahan di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek akan direman pada Jumaat untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
"Suspek berusia 36 tahun baru sahaja ditahan di Nibong Tebal.
"Kita akan mendapatkan perintah reman esok (Jumaat)," katanya pada Khamis.
Sebelum ini, seorang wanita melecur teruk dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor selepas berselisih faham antara mereka.
Mangsa yang berusia 35 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana melecur lebih 27 peratus dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Dalam operasi bagi mengesan suspek yang dijalankan pada Isnin mendapati, saksi memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar isteri
#suspek ditahan
#PDRM
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan