awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh isteri ditemui mati tergantung di papan iklan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/08/2020
04:59 MYT
Suspek bunuh isteri ditemui mati tergantung di papan iklan
Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit adalah suspek yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya pada Isnin.
Suspek utama kes pembunuhan jurujual wanita yang dibunuh di Taman Kelisa Ria, Amanjaya, Sungai Petani, semalam, ditemui mati tergantung di papan iklan di Jalan Lencongan Timur dekat Bukit Bintang, hari ini.
Mayat Tan Kok Jooi, 62, yang juga suami kepada mangsa bunuh, Kuek Choo Hong, 61, ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan 7.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengatakan terdapat seorang lelaki menggantung diri di papan iklan.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah suspek yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya pada Isnin.
Adzli berkata, pihaknya turut menemui sebuah kereta yang disahkan sebagai milik lelaki terbabit kira-kira 50 meter dari tempat dia ditemui tergantung.
Beliau berkata, siasatan awal unit forensik ke atas kereta berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk yang bersangkut dengan pembunuhan itu.
Menurut Adzli, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Semalam, Choo Hong ditemui mati dengan kesan kelar di leher dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah serta muka ditekup dengan bantal di rumahnya.
Adzli berkata, walaupun suspek utama kes berkenaan ditemui mati, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes pembunuhan jurujual berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh orang dikenali berdasarkan tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan sebelum mayat ditemui.
Topic Berkaitan
#Jalan Lencongan Timur
#Kedah
#mati tergantung
#papan iklan
#Sungai Petani
#suspek bunuh isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan