awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/11/2024
06:05 MYT
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, di sini akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.
Menurutnya, tempoh lanjutan reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu juga akan berakhir esok.
“Kita sudah rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hari ini (Isnin) dan AGC bersetuju agar suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
[TERKINI] Punca kematian disebabkan kecederaan di dada
Mengulas lanjut, Rusdi berkata, setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa.
Sebelum ini, polis memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dilakukan pasukan patalogi Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mangsa mati akibat dipukul di dada dengan menggunakan objek tumpul.
Pada 12 November lalu, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an sebelum menyumbat mayat wanita itu ke dalam peti sejuk beku sejak Mac 2021 di rumahnya di Taman OUG, di sini.
Perkara itu terbongkar selepas suspek yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#sumbat dalam peti sejuk
#motif pembunuhan
#kes mahkamah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan