awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek conteng dinding bangunan awam direman tiga hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/05/2021
05:32 MYT
Suspek conteng dinding bangunan awam direman tiga hari
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini. - Foto Astro AWANI
TAIPING: Lelaki yang dipercayai menconteng dinding beberapa bangunan di sini direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman, dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Taiping, Noraishah Ahmad, hari ini.
Suspek yang ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Terdahulu, suspek berusia 30 tahun itu yang bekerja sebagai pemotong rumput, tiba di Kompleks Mahkamah Taiping kira-kira jam 8.30 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, lelaki berkenaan diberkas di sebuah rumah di Taman Sungai Mas di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Menurutnya, anggota pemantau Op COVID-19 pergi ke rumah lelaki terbabit dan hasil soal siasat, dia menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membuat tulisan pada dinding-dinding bangunan berkenaan.
Menurutnya, siasatan terhadap suspek membawa kepada rampasan satu blok tulisan 'Kerajaan Gagal', satu tin penyembur cat berwarna hitam dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.
"Kesemua peralatan itu dipercayai digunakan suspek untuk membuat contengan pada dinding-dinding bangunan awam di sini," kata Osman.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kawasan awam diconteng dengan tulisan 'kerajaan gagal'.
Antara kawasan awam diconteng dengan tulisan itu ialah di taman permainan dan dinding yang menempatkan lukisan grafiti.
Topic Berkaitan
#polis
#serbuan
#suspek
#khianat
#bangunan awam
#Taiping
#Blok Tulisan Kerajaan Gagal
#cat hitam
#Toyota Avanza
#reman
#Osman Mamat
#Mahkamah Majistret Taiping
#tulisan pada dinding
#grafiti
#Conteng
#pemotong rumput
#taman permainan
#blok tulisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan