awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
07/08/2024
13:54 MYT
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki berusia 31 tahun itu berdepan 15 pertuduhan di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Kulai.
Katanya pihak polis mengesahkan merujuk dua kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan.
"Suspek akan menghadapi masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik kanak-kanak dari jagaan yang sah dan Seksyen 346 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah.
"Suspek juga akan didakwa dengan tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.
"Selain empat pertuduhan di bawah Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana memperoleh, mengumpul atau meminta bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
"Serta masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 10 akta sama kerana memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan di bawah Seksyen 15(a)(ii) akta itu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Kumar menasihatkan masyarakat terutama golongan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti, perkembangan emosi serta fizikal anak-anak, supaya perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dikesan lebih awal, seterusnya penjenayah dapat dibawah kemuka pengadilan.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar komited membantu polis dalam usaha untuk membenteras aktiviti jenayah, dengan menyalurkan maklumat di talian hotline Polis Johor ditalian 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999.
Topic Berkaitan
#suspek culik Albertine Leo
#didakwa esok
#Pertuduhan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan