Polis menahan seorang lelaki dipercayai menipu orang ramai dengan menawarkan kereta murah yang tidak wujud di sebuah portal jualan dalam talian.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Flat Sri Sabah, Cheras, di Kuala Lumpur jam 12.30 tengah hari, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas seorang pekerja kilang membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam pembelian kereta di dalam portal mudah.my.
"Kejadian berlaku pada 15 September tahun lalu ketika pekerja kilang lelaki berusia 47 tahun itu sedang melayari portal mudah.my di sebuah kilang di Bandar Jengka, Maran.
"Ketika itu mangsa berminat untuk membeli sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berharga RM5,600 dan mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki bernama Raymond," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada hari yang sama, mangsa membuat bayaran pendahuluan secara dalam talian sebanyak RM800 ke akaun bank yang dimiliki oleh suspek yang ditahan.
"Mangsa sekali lagi memindahkan wang ke akaun yang sama sebanyak RM4,800 bagi menjelaskan baki harga kereta berkenaan.
"Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, mangsa tidak dapat menghubungi lelaki bernama Raymond berkenaan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Jengka," katanya.
Mohd Wazir berkata, modus operandi suspek adalah dengan menawarkan jual beli kereta tidak wujud di laman sehingga mendorong mangsa memindahkan wang ke dalam akaunnya.
Suspek yang juga pemilik akaun bank berkenaan kini sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Noraniza Kamsani
Wed Mar 21 2018
Suspek jual kereta murah tidak wujud dalam talian ditahan polis selepas seorang pekerja kilang jadi mangsa.-gambar hiasan
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Tumbuk emak, remaja dipenjara 5 bulan
Kejadian berlaku di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika si ibu sedang bekerja, mengakibatkan mangsa ketakutan dan trauma.
Suspek jual kereta tidak wujud secara dalam talian ditahan polis
Suspek menawarkan kereta murah melalui portal mudah.my bagi menarik minat pembeli walaupun kereta yang ditawarkan sebenanrnya tidak wujud.