awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/11/2024
06:30 MYT
Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak akan dituduh di mahkamah, di sini, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar senior akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan membuli pelajar tahun satu sehingga menyebabkan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang mangsa.
  • Pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
  • Kejadian buli ini dilaporkan berlaku pada 21 Oktober, sehari sebelum insiden lain di mana seorang pelajar tahun dua ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi.
Pertuduhan itu, katanya, akan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Rusdi memberitahu, perkara itu diputuskan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.
Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.
Topic Berkaitan
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#kes buli UPNM
#retak tulang rusuk
#pelajar senior
#Rusdi Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan