KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu adalah suspek kes bunuh wanita warga Indonesia berusia 19 tahun yang jasadnya ditemukan dengan kesan lapan tikaman di Sungai Way, Petaling Jaya pada Isnin lepas.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu pangsapuri terbabit pada kira-kira 5.30 petang.
"Ketika serbuan, lelaki itu bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang dan polis melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri.
"Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter dirampas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-890 5051.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang tadi. - Gambar hiasan
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.
Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang
Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada Sept 2020.