awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes bunuh Norshamira ada enam rekod kes judi - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2025
23:30 MYT
Suspek kes bunuh Norshamira ada enam rekod kes judi - Polis
Suspek (kiri) direman tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga 21 Februari selepas berjaya ditangkap di Kuala Terengganu. Gambar kanan: Norshamira. - Gambar fail/Sinar Harian
KUANTAN: Suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37 yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lalu didapati mempunyai rekod jenayah berkait kes judi.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki berusia 53 tahun itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan tiada rekod jenayah lain.
Menurutnya, suspek juga dipercayai tiada tempat tinggal tetap dan sentiasa berpindah tempat.
"Siasatan kes ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan perjudian dan tidak pernah menjalani hukuman atau dipenjarakan.
Penganggur itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga 21 Februari depan selepas berjaya ditangkap di Kuala Terengganu.
Susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suspek
#judi
#Norshamira Zainal
#kes bunuh peniaga makanan
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan