Skip to main content

Malaysia

Suspek pecah rumah maut selepas bergelut dengan penjaga

Sumber: BERNAMA
Mohd Alwi berkata, seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar Bernama
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun maut selepas bergelut dengan penjaga dalam kejadian pecah rumah di Jalan Building Society, Taman Star, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi apabila dua suspek memasuki rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.

Menurutnya, seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian ialah masalah saluran jantung tersumbat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Menurut Mohd Alwi, siasatan di bawah Seksyen 457 dan 324 Kanun Keseksaan masih diteruskan, termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Must Watch Video

Advertisement