awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pengedar dadah berjaya lolos

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
21:58 MYT
Suspek pengedar dadah berjaya lolos
Seorang lelaki tular melarikan diri selepas dikepung dua anggota polis berpakaian preman di sekitar Taman Maluri, Cheras pada Khamis merupakan suspek yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tular melarikan diri selepas dikepung dua anggota polis berpakaian preman di sekitar Taman Maluri, Cheras di sini pada Khamis merupakan suspek yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.
"Video berkenaan memaparkan beberapa individu yang menaiki motosikal sedang melaksanakan tangkapan terhadap suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC di persimpangan lampu isyarat, Taman Maluri.
"Suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan ketika proses tangkapan dilaksanakan, anggota polis cuba merampas anak kunci namun gagal kerana tiada anak kunci," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek sehingga berjaya ditangkap.
"Polis juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92845051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anggota polis berpakaian preman
#Taman Maluri
#Muhammad Idzham Jaafar
#pengedaran dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan