awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tercicir telefon ketika cuba samun penunggang Grab telah ditahan - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/08/2019
06:15 MYT
Suspek tercicir telefon ketika cuba samun penunggang Grab telah ditahan - Polis
Jumaat lalu, seorang penunggang Grab Food mengalami kecederaan selepas hampir menjadi mangsa samun dua lelaki di Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Salah seorang suspek yang terlibat dalam cubaan menyamun sebuah motosikal seorang penunggang Grab Food pada Jumaat lalu telah berjaya ditahan polis di sebuah pangsapuri, Jalan Kuang Bertam 9, Taman Kepong, ibu negara.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din suspek, 33, berjaya diberkas polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 4.45 pagi, Sabtu.
"Hasil soal siasat mendapati telefon suspek telah terjatuh ketika kejadian dan suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas.
"Butiran rakan suspek telah dikenalpasti, mereka berdua bertemu dan menjadi kawan di Penjara Kajang sejak tahun 2010," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
BACA: Penunggang Grab Food cedera lawan dua penyamun
Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata suspek yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan samun mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan, 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
"Polis turut merampas motosikal jenis Yamaha 125Z, rangkai kunci motosikal, helmet berwarna hitam dan batang forklock dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah tersebut.
"Suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu," jelasnya.
Jumaat lalu, seorang penunggang Grab Food mengalami kecederaan selepas hampir menjadi mangsa samun dua lelaki di Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kajang
#lelaki
#mangsa
#Petaling Jaya
#polis
#samun
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan