Berikut merupakan susulan perkara yang berlaku selepas pelancaran serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
• Mimbar Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam bahawa segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad di jalan Allah SWT.
• Golongan peneroka Felda Sahabat, Lahad Datu, mengambil inisiatif membantu petugas keselamatan dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.
• Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan pihak polis telah menahan lebih 50 suspek yang disyaki terlibat membantu pergerakan kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang kini bersembunyi di sekitar Lahad Datu.
• Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.
• Kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menceroboh Sabah dan berkubu di dua kampung dekat Lahad Datu belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri dan meletak senjata.
• Komuniti Suluk di Malaysia mengancam untuk memutuskan hubungan dengan kaum mereka di Filipina sekiranya ketegangan diantara anggota militan 'kesultanan' Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah berterusan.
• Semua masjid di Johor akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon perlindungan Allah kepada anggota keselamatan yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara yang dicerobohi di Sabah.
• Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengumumkan putus hubungan dengan sebahagian kelompok suku kaum Suluk di Mindanao, Filipina yang berniat jahat dan memudaratkan negara.
• Gencatan senjata unilateral yang diumumkan itu tidak memadai sebaliknya mereka perlu segera menyerah diri kepada pihak keselamatan negara untuk dibicarakan.
• Tinjauan Astro AWANI pada pagi Jumaat, mendapati keadaan sekitar Felda tersebut juga tenang dan terkawal.
• Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Haji Othman Mustapha meminta agar semua masjid di seluruh negara membuat solat hajat untuk perwira-perwira negara di Lahad Datu selepas sembahyang Jumaat hari ini.