Pemimpin UMNO di setiap peringkat perlu menjaga nama baik parti selain bertindak secara bijaksana dalam menangani pelbagai isu yang dicetuskan pembangkang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, paling penting menjaga nama baik parti dan bangun menentang mana-mana pengkhianat yang cuba menghancurkan parti.
"Memang selaku pendokong dan pejuang UMNO, kita akan berasa tercabar dan terhina apabila keharmonian dan perpaduan parti cuba diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.
"Provokasi yang dilakukan pihak pembangkang dan kumpulan berkepentingan dengan niat untuk menghancurkan UMNO sudah pasti akan menimbulkan tindak balas dan menaikkan rasa marah ahli-ahli-ahli parti.
"Saya akan bangun menentang mana-mana pengkhianat yang cuba untuk menjahanamkan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan di negara sejak sekian lama," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Jelas Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemimpin parti di peringkat bahagian yang dilantik dan disokong oleh ahli-ahlinya perlu bersuara lantang dan menyusun langkah berani untuk berdepan dengan mana-mana pihak yang menongkah arus untuk menenggelamkan parti.
"Malah dengan penuh bertanggungjawab sudah semestinya saya juga akan bingkas bangun mempertahankan kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana sudah menjadi kewajipan untuk mempertahankan institusi kepimpinan dan prinsip demokrasi dalam parti.
"Barangkali secara sinis, ada pula yang akan mempersoalkan kewajaran kita mempertahankan Najib dan Zahid. Bagi saya, mudah sahaja kerana mereka adalah pemimpin tertinggi UMNO yang dipilih secara majoriti oleh ahli-ahli parti. "Ini bukan bermakna kita membuta tuli menzahirkan sokongan, tetapi sebagai ahli UMNO yang jujur dan ikhlas sifatnya, kita hendaklah jangan diibaratkan sebagai 'sokong membawa rebah'," ujarnya.
Tegasnya, itulah keindahnya institusi kepimpinan UMNO yang tetap menyokong pucuk pimpinan walaupun dalam waktu-waktu tertentu dilambung gelombang dan dibedal ombak.
"Dalam kita diamuk dengan rasa marah dan sakit hati dengan kumpulan yang berniat jahat itu, kita jangan lupa terhadap adat atau tatasusila kita selaku penggerak parti dan orang Melayu khususnya.
"Kita masih memiliki keluhuran budi pekerti, masih berpegang kepada resam budaya, masih menjunjung tinggi syariat Islam yang menuntut kesederhanaan dan bertolak ansur dalam apa juga perkara.
"Malah kita juga masih ada undang-undang yang bukan sahaja berfungsi sebagai mengawal selia ketenteraman awam malah menjadi pagar kukuh yang membatas perlakuan dan apa jua tindakan yang memungkinkan mendatangkan kemudharatan," jelasnya.
Sehubungan itu Syed Ali berpandangan, lebih mulia dan dihormati jika kita tidak menunjukkan sikap marah secara terbuka atau melulu untuk melawan pihak yang cuba menghancurkan sistem dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
"Ini bermakna, apa juga provokasi dan perbuatan liar pihak pembangkang dan puak berkepentingan untuk meruntuhkan institusi UMNO perlu kita tangani secara bijaksana dan tidak terikut-ikut dengan gendang yang mereka palu.
"Sebagai contoh, jika kumpulan pendesak berkenaan melakukan perhimpunan haram yang cuba mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam masyarakat, maka di pihak kita tidak sewajarnya meniru apa yang mereka lakukan sehingga berlaku pertembungan kekuatan yang kesudahannya berakhir dengan keputusan tidak menyenangkan hati banyak pihak.
"Apabila kita dilihat seperti cuba beradu tenaga serta kekuatan, implikasinnya sudah tentu akhirnya akan terjerat dengan permainan persepsi dan provokasi yang akan menyebabkan rakyat melihat UMNO menyamai alunan pihak pembangkang," katanya.
Syed Ali turut mempersoalkan keuntungan yang balak diperolehi jika UMNO dilebelkan sebagai pertubuhan yang menghimpunkan segala latar belakang anak-anak muda yang ganas sifatnya, anak-anak muda yang keras kepala dan menonjolkan individu yang ditohmahkan sebagai berkepentingan demi berdepan dengan perhimpunan pembangkang atau kumpulan tertentu.
"Pastinya, UMNO akan turut tercalar dengan perbuatan tersebut akibat jerat yang dipasang oleh pihak pembangkang. Walaupun kita cuba bangkit untuk membersihkan kedaaan, tetapi bukan senang untuk menagih kepercayaan umum.
Dalam pemerhatian saya, akibat perbuatan kita yang dilebelkan sebagai kasar dan tidak bertunjangkan sifat orang Melayu dalam menangani api yang dinyala pembangkang, maka yang buruknnya dilihat orang adalah sifat UMNO itu sendiri.
"Hari ini ternyata kita bukan sahaja berdepan dengan api perkauman yang dinyalakan oleh pihak berkepentingan tetapi UMNO juga dihimpit oleh perang persepsi yang tiada daya parti untuk menyekatnya.
"Secara jujur kita perlu mengakui bahawa pihak pembangkang dan mereka yang memusuhi UMNO ternyata lebih aggresif dan terancang menyerang parti. Mereka lebih agresif dengan segala kepakaran dan kemudahan yang ada untuk menyerang.
"Dari segenap sudut jaringan laman-laman sosial, mereka salurkan pelbagai informasi dan perang saraf yang kebanyakkannya bersifat fitnah dan provokasi dengan mensasarkan matlamat untuk melemah dan seterusnya menjatuhkan UMNO dan barisan kepimpinannya," ujarnya.
Syed Ali yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mempersoalkan usaha parti apabila berdepan dengan terjahan kawah perang siber.
"Apa yang telah kita lakukan sebenarnya untuk menyekat serangan bertali arus pembangkang khususnya di peringkat akar umbi?
"Apakah UMNO boleh 'menumpang' bangga kerana ada sekumpulan orang yang berhimpun tanpa permit untuk berdepan dengan asakan pembangkang, sepertimana kumpulan pembangkang yang tidak mempunyai kebenaran polis untuk berhimpun?
"Dalam kekalutan tersebut, UMNO menafikan terbabit atau ada campur tangan dalam perhimpunan sekumpulan orang itu, maka keadaan mula menjadi tanda tanya dan akhirnya jawapannya yang tersimpul di kepala rakyat ialah mereka tidak percaya dengan penjelasan seperti itu," jelasnya.
Implikasi negatifnya tegas Syed Ali, sudah pasti dihalakan kepada UMNO dan apabila wajahnya sudah menjadi sedemikian rupa, bagaimanakah agaknya parti untuk berdepan dengan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Persoalan-persoalan dan pertanyaan sedemikian yang sepatutnya kita fikirkan. Kehairanan itulah yang sepatutnya kita duduk dalam satu jemaah untuk merungkai jalan jawabnya, membersihkan imej UMNO dan dalam masa yang sama menyelongkar segenap ceruk kelemahan pembangkang.
"Setiap ahli, penyokong, penggerak dan pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab untuk memperkasakan parti. Iltizam tersebut bukannya hanya di bibir sahaja, sebaliknya perlu ada dalam diri.
"Jangan kita bersikap seperti dedalu; melepaskan pucuk masing-masing, sebaliknya kita hendaklah seumpama lidi seberkas, kejap kukuh dan begitu sukar untuk dipatahkan," katanya.
Syed Ali juga mahu setiap ahli serta pemimpin UMNO mempunyai keyakinan diri, kekuatan dan keikhlasan untuk mempertahankan UMNO. "Ini parti datuk nenek kita yang lebih 70 tahun telah berjuang demi maruah bangsa, agama dan tanah air yang tercinta ini," jelasnya.
Astro Awani
Mon Oct 17 2016
Pemimpin UMNO perlu menjaga nama baik parti selain bertindak secara bijaksana dalam menangani pelbagai isu yang dicetuskan pembangkang. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.