awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Switzerland mula prosiding perundangan terhadap dua eksekutif 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2015
14:46 MYT
Switzerland mula prosiding perundangan terhadap dua eksekutif 1MDB
1MDB pada Ahad berkata pihak berkuasa Switzerland belum menghubungi pihaknya namun ia telah menyuarakan kesediaannya untuk membantu siasatan itu kelak. - Gambar Fail
Pejabat Peguam Negara Switzerland telah memulakan prosiding jenayah terhadap dua pegawai yang tidak didedahkan identiti dari pelaburan strategik nasional bagi tuduhan rasuah dan penyelewengan dana yang membabitkan agensi tersebut.
Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) pada Jumaat dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut laporan Reuters, prosiding bermula ekoran penyiasatan terhadap tuduhan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai antarabangsa, tuduhan salah laku dalam pengurusan kepentingan awam dan penyelewengan dana pelaburan 1MDB,” kata OAG.
Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasanya menegaskan pihak mereka sedang menyiasat siapa ‘individu yang tidak dikenali’ dan masih tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya yang terbabit.
Reuters baru-baru ini turut melaporkan Pejabat Peguam Negara (Switzerland) telah mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia telah membuka kertas siasatan jenayah terhadap dua entiti 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali.
Jurucakap itu turut berkata, prosedur itu merupakan susulan dua komunikasi daripada Pejabat Aduan Pengubahan Wang di Switzerland.
Berita tentang kes siasatan itu mula-mula dilaporkan akhbar tempatan Swiss, Le Temps.
Sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang kewangan Switzerland, FINMA pada Rabu lalu berkata, mereka sedang membuat semakan sekiranya ada bank negara itu yang menjalankan urusan perniagaan dengan 1MDB.
1MDB pada Ahad berkata pihak berkuasa Switzerland belum menghubungi pihaknya namun ia telah menyuarakan kesediaannya untuk membantu siasatan itu kelak.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Pejabat Aduan Pengubahan Wang
#Pejabat Peguam Negara Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan