awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syabas bubarkan Pelan Tindakan Kecemasan

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2013
22:51 MYT
Syabas bubarkan Pelan Tindakan Kecemasan
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini membubarkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning pada jam 9.00 pagi berikutan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.
Dalam sebuah kenyataan media, Syabas berkata ia telah sebelum ini mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning pada 11 April 2013 berikutan kejadian paip jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm yang pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.
“Sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) diaktifkan, sebanyak 495 perjalanan lori tangki telah dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas yang meliputi 232 perjalanan penghantaran lori tangki telah dilakukan di wilayah Kuala Lumpur dan 263 penghantaran di wilayah Gombak.
“Syabas juga telah menyediakan bantuan bekalan air sementara melalui 101 tangki statik yang diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan ini diaktifkan,” kata Syabas dalam kenyataan tersebut.
Syabas juga berkata sebanyak lima Pusat Khidmat Setempat (PKS) telah diaktifkan di beberapa lokasi strategik sebagai pusat interaksi terus dengan pengguna disamping menyalurkan maklumat dan bantuan lain yang diperlukan.
“Sementara itu, Pusat Khidmat Pelanggan Syabas (Puspel) telah merekodkan jumlah keseluruhan 80,816 panggilan berkenaan gangguan bekalan air sehingga Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning dinyah-aktifkan pada pukul 9 pagi hari ini.
“Pihak Syabas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pengguna diatas perhatian dan kerjasama yang diberikan kepada Syabas dalam menghadapi situasi ini sepanjang tempoh gangguan ini berlaku. Dalam masa yang sama, Syabas juga ingin mengingatkan kepada para pengguna untuk terus menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
“Para pengguna yang masih mengalami kesulitan dan memerlukan bantuan atau apa-apa maklumat diminta berhubung terus ke talian bebas tol PUSPEL iaitu 1 800 88 5252,” kata Syabas lagi.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan