KOTA BHARU: Kesilapan berulang dilakukan barisan pertahanan antara faktor Kelantan United FC (KUFC) terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad lV, semalam.
Ketua Jurulatih KUFC Syamsul Saad berkata faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.
"Perkara sama dilakukan pemain pertahanan apabila melepaskan gol mudah kepada pasukan lawan seperti bertemu Perak, PDRM dan UiTM sebelum ini. Pemain jadi gugup setelah menerima asakan lawan.
"Kami ketinggalan pada minit awal perlawanan dengan pemain pertahanan menyumbang gol sendiri sekali gus membunuh keyakinan pasukan sehingga terpaksa berhempas pulas untuk mendapat gol penyamaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu berakhir, semalam.
Gawang KUFC dibolosi pada minit ke-6 perlawanan menerusi gol sendiri oleh pemain pertahanan import dari Jepun Shuhei Fukai, manakala gol penyamaan KUFC diperoleh pada minit ke-52 hasil jaringan penyerang Muhammad Haziq Mohd Sobri.
Jurulatih kelahiran Perak itu berharap pemainnya bangkit dan mencari jalan untuk tidak melakukan kesilapan mudah pada perlawanan selepas ini sekiranya mahu mendapat slot ke Liga Super 2023.
"Saya lihat pemain yang mendapat peluang bermain tidak merebut peluang diberikan, mereka tidak menonjolkan kemampuan seperti yang diharapkan. Keputusan seri ini meletakkan tekanan kepada kami kerana selepas ini kami akan menghadapi pasukan kuat yang berada di kelompok teratas seperti JDT II," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan Skuad Projek FAM-MSN Hassan Sazali Mohd Waras berkata keputusan memperoleh satu mata bertemu pasukan senior satu petanda positif kepada pasukannya yang dibarisi pemain 'budak sekolah'.
"Alhamdulillah, pemain beraksi mengikut arahan seperti yang dirancang kerana kami berdepan pasukan berpengalaman dengan tidak memberi laluan mudah kepada tuan rumah memperoleh tiga mata penuh," katanya.
KUFC kini berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 17 mata hasil daripada empat kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Syamsul berharap pemainnya bangkit dan mencari jalan untuk tidak melakukan kesilapan mudah pada perlawanan selepas ini sekiranya mahu mendapat slot ke Liga Super 2023. - Facebook Kelantan United Football Club
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan United tidak culas bayar gaji pemain
Usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.
Liga Super: Dua pasukan Kelantan dibelasah dalam satu malam
Kelantan FC tewas 1-6 kepada Kedah Darul Aman di Kota Bharu, manakala di Cheras, Kelantan United tumbang 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC.
Jaringan tunggal Luka Milunovic tewaskan NSFC di laman sendiri
Babak pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila tuan rumah dan pelawat saling mengasak dalam usaha mencipta gol pendahuluan.
Liga Super: Kelantan United bangkit kecewakan Kuching City
Kelantan United menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan untuk kekal di tangga ke-12 liga dengan 11 mata selepas 21 perlawanan.
Liga Super: Sri Pahang berpesta gol belasah Kelantan United 5-1
Sri Pahang FC berpesta gol apabila membelasah Kelantan United FC (KUFC) 5-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, malam ini.
Rezal Zambery dilantik Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC
Bekas pemain kebangsaan itu berpengalaman luas dalam memperbaiki dan meningkatkan program akar umbi serta pembangunan pemain muda KUFC.
Kelantan United tunggu tiga pemain baharu
Katanya, pemain-pemain ketika ini mengambil mudah sehingga tidak mencatat sebarang kemenangan termasuk perlawanan semalam.
Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga
Liga Super: Kelantan United bergaya lakar kemenangan sulung 4-1
Peluang mencetak jaringan hadir pada minit ketiga, namun Fazrul Amir sekadar melepaskan rembatan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol.