awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC

Bernama
Bernama
26/06/2023
11:45 MYT
Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga Super musim ini. - Foto FB Kelantan United FC
KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.
Pengarah Eksekutifnya Wan Mohd Zul Ikman berkata kedua-dua pemain itu telah menandatangani kontrak sempena jendela perpindahan kedua yang akan dibuka awal bulan hadapan.
"Kehadiran Ismaheel Akinade akan memperkuatkan pasukan KUFC sebaik sahaja pendaftaran dengan Malaysian Football League (MFL) selesai.
"Selain itu, Shahril pula mempunyai pengalaman dalam kancah Liga Super dan pernah beraksi dengan beberapa pasukan seperti Terengganu, Sabah, Sarawak, PKNS, PDRM dan Kedah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
KUFC ketika ini berada pada kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan memperoleh enam mata hasil daripada satu kemenangan, tiga seri dan 10 kekalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KUFC
#Kelantan United FC
#Ismaheel Akinade
#Shahril Saa'ri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan