KUALA LUMPUR: Sektor korporat diseru membuat pelaburan bagi memperkenal dasar berkaitan aspek keselamatan siber yang bersesuaian dengan tahap operasi syarikat masing-masing.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana maklum balas yang diberikan oleh pemain sektor itu mengatakan banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk mereka membuat pelaburan dalam aspek keselamatan siber.
"Bila kita lihat ekonomi digital bakal menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025, sudah pasti antara aspek yang sangat penting selain ekonomi digital itu sendiri ialah keselamatan siber dan perlindungan data.
"Maka hasil pertemuan malam ini, saya lihat ada kewajaran dan keperluan untuk mengadakan perbincangan yang lebih meluas dengan sektor korporat dan juga mungkin melalui badan-badan profesional yang mewakili syarikat untuk mewujudkan satu kesedaran mengenai keselamatan siber," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog awam Industri Keselamatan Siber anjuran CyberSecurity Malaysia (CSM) di sini, Khamis malam.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Fahmi juga berkata menerusi sesi dialog awam itu, beliau berharap sektor keselamatan siber akan terus mendampingi CSM untuk merangka, merancang serta melaksana beberapa perkara berkaitan aspek keselamatan siber dalam negara.
Sementara itu, CSM dalam kenyataan memaklumkan sesi dialog awam itu bertujuan memantapkan lagi usaha Kementerian Komunikasi dan Digital sebagai peneraju pembangunan industri keselamatan siber negara dalam mendepani cabaran serta ancaman siber yang semakin kompleks.
Sesi itu, yang dihadiri 200 pemain industri, turut menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai isu keselamatan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika Sesi Town Hall Industri Keselamatan Siber. - Foto BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Azman Haji Tambi Chik dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB
MyCEB memaklumkan Azman memiliki pengalaman dan pengetahuan luas dalam aspek pengurusan korporat dari pelbagai industri.
Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi
Banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk mereka membuat pelaburan dalam aspek keselamatan siber.
Syarikat korporat harus ada kebergantungjawaban sosial terhadap pengguna, pekerja
Ketidakseimbangan pengagihan pendapatan dalam syarikat korporat secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi.
CBP tersenarai dalam Koperasi Premier Negara 2021
Co-opbank Pertama (CBP) telah tersenarai di dalam Koperasi Premier Negara bagi tahun 2021 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Kerajaan lancar PLCT, sasar pelaksanaan prestasi tinggi untuk korporat
Penubuhan Program Transformasi Syarikat Tersenarai Awam (PLCT) menyasarkan pelaksanaan prestasi tinggi bagi korporat di Malaysia.
Kepelbagaian gender dalam Lembaga Pengarah catat sedikit peningkatan pada 2020
24.82 peratus wanita menganggotai lembaga pengarah dalam 100 syarikat tersenarai teratas, berbanding 23.68 peratus pada 2018.
SIC mungkin buka litar untuk acara berbasikal dan larian
Sukan permotoran tempatan merupakan antara industri yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan.
COVID-19 mungkin menyebabkan perubahan kekal kepada sektor tenaga - Moody's
Kemelesetan dan jangkaan pertumbuhan jangka panjang yang lemah akan memberi tekanan kepada permintaan korporat dan isi rumah.
'Ada anak muda atau tidak?', soal Syed Saddiq
Penyertaan golongan muda dalam kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dijadikan dasar seperti mana yang dilakukan terhadap golongan wanita sebelum ini.