SHAH ALAM :Syarikat milik usahawan kosmetik Nur Sajat hari ini didenda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas 17 pertuduhan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dua tahun lepas.
Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili dua pengarahnya iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, dan Ashaari Maznan, 44, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi.
Hanie Dzatul Akhmar menjatuhkan hukuman denda RM12,000 bagi 12 pertuduhan manakala masing-masing RM500 bagi lima lagi pertuduhan terhadap syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.
Mengikut 11 pertuduhan, OKS didakwa memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar dan lima kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi di pejabat syarikat berkenaan di Jalan Serai Wangi K16/K, Seksyen 16 pada 15 Ogos 2018 pada 11.40 pagi.
OKS juga didakwa dengan satu pertuduhan iaitu menjual keluaran yang bukan keluaran berdaftar kepada seorang wanita di lokasi dan tarikh yang sama kira-kira 11.35 pagi.
Bagi kesalahan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar, OKS didakwa mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.
Bagi kesalahan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi pula, OKS dituduh mengikut Peraturan 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika disabit kesalahan bagi kesemua pertuduhan, OKS boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.
Pegawai Pendakwa daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Nor Afizah Latip memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada OKS sebagai pengajaran memandangkan Akta Kawalan Dadah diwujudkan sebagai kawalan kepada keselamatan kualiti produk bagi tujuan melindungi kesihatan awam.
Peguam bela OKS, Hasshahari Johari Mawi menyatakan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pengarah memohon maaf terhadap kekhilafan dan kesilapan itu malah berjanji untuk lebih berhati-hati supaya tidak melanggar peraturan selepas ini.
"Barang-barang kes yang dijumpai itu juga bukan untuk jualan besar-besaran. Ia adalah sampel yang disimpan oleh syarikat bagi tujuan rujukan," katanya.
Sebelum ini difahamkan Nur Sajat telah dikenakan waran tangkap pada 12 Mac lalu selepas gagal hadir di mahkamah bagi prosiding kes itu.
Bernama
Tue Oct 13 2020

Nur Sajat (kanan) didenda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - Gambar BERNAMA

Vaksin COVID-19 | Isu potong barisan, siasatan polis hampir selesai
Polis Kelantan hampir menyiapkan siasatan berhubung paparan di laman sosial yang mendakwa berlaku cubaan untuk memotong barisan suntikan COVID-19 oleh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, SUK.

Agenda lawatan Perdana Menteri hari ini
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan. Ini pandangan disuarakan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Bin Farhan Al-Saud. Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam Selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Kita terus sahaja bersama Najib Aroff untuk butirannya.

Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jenazah Khairul Anas dibawa pulang hari ini
Dana terbabit adalah hasil dana jualan amal secara langsung di Facebook serta sumbangan orang ramai.

Hampir 7,000 PATI di Sabah diusir keluar sejak Oktober 2020 - Hamzah
Pengusiran dilakukan tanpa kompromi kepada warga asing yang memasuki dan tinggal di negara ini secara haram.

Kes Rasuah: Zahid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan libatkan cek bernilai RM7.5 juta
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu daripada 30 keping cek berjumlah RM6,885,300 sebelum ini menjadi 35 keping cek berjumlah RM7,511,250.

Biar sikit janji berkat - Rafidah Aziz
Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Komuniti | Kecekalan ibu tunggal bernama Norlela
Pepatah Melayu ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Ini derita yang harus ditanggung seorang ibu tunggal, Norlela Bujang, 50 tahun. Norlela yang kini tinggal bersama-sama anaknya, yang berusia 10 tahun, bukan sahaja tidak bekerja tetap, malah semakin hilang upaya akibat sakit kencing manis yang dialaminya sejak 12 tahun lalu. Sakit itu menyebabkannya tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi setelah telapak kakinya dipotong dua tahun lalu.

Hari Wanita 2021 | Sahut cabaran kerjaya didominasi lelaki
Prinsip itu menjadi pegangan Pegawai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya Samantha Echa Sigat. Bagi wanita berusia 33 tahun itu, jantina bukan penghalang untuk berjaya terutama dalam bidang yang didominasi kaum lelaki. Meskipun menyedari tugasan yang digalas bukanlah mudah tetapi ia dijadikan pembakar semangat untuk dirinya.

Cuaca panas: Penggunaan eletrik melonjak kepada 18,035 MW, tertinggi tahun ini
Untuk rekod, pengunaan tertinggi direkodkan adalah 18,808MW pada 10 Mac 2020, lapan hari sebelum PKP mula dilaksanakan.

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

JAIS siasat usahawan kosmetik Muhammad Sajjad
Siasatan tersebut susulan tindakan Muhammad Sajjad di dalam negeri ini serta beberapa aduan yang diterima jabatan berkenaan pada 2018 dan tahun lepas.

Syarikat kosmetik Nursajat didenda, miliki keluaran kosmetik tidak berdaftar
Nur Sajat hari ini didenda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas 17 pertuduhan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM.

Waran tangkap untuk Muhammad Sajjad!
Alamak!

Umrah Sajat sah jika cukup syarat - Mufti Kelantan
Ibadah umrah yang dilaksanakan oleh usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang berpakaian menyerupai wanita ketika berada di Tanah Suci, dianggap sah.

Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.

'Nama saya tak ada Muhammad lah' - Sajat
Memetik laporan portal mStar Online, Sajat memberitahu nama penuhnya dalam kad pengenalan tidak mempunyai awalan Muhammad atau Nur.

Nur Sajat didenda RM2,700 gagal kemuka penyata GST
Dia dihukum mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Fuziah sedia bertemu Nur Sajat, Safiey Ilias
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias.

Ya, memang saya ambil kesempatan terhadap isteri pertama Ude - Aliff Syukri
Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia mengambil kesempatan terhadap madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.