awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan setuju jadualkan semula penerbangan pelajar

Bernama
Bernama
02/10/2020
08:15 MYT
Syarikat penerbangan setuju jadualkan semula penerbangan pelajar
KPT mencadangkan agar pihak pengurusan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berunding dengan syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan penjadualan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan ke institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
Menerusi kenyataan hari ini, KPT memaklumkan bahawa syarikat penerbangan bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Dis 2020.
"KPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan pelajar, ibu bapa dan masyarakat berikutan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.
"Justeru, KPT mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat penerbangan," menurut kementerian itu.
Pada 27 Sept lepas, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan sebagai mencadangkan IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka.
Noraini mahu proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.
Mengulas lanjut perkembangan itu, KPT pada masa sama mengalu-alukan keprihatinan dan kepekaan semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar terbabit.
Mengenai pelajar IPT yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, KPT meminta mereka untuk kekal berada di kampus masing-masing.
"Pihak IPT perlu membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPT mencadangkan agar pihak pengurusan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#KPT
#pelajar
#penerbangan
#koronavirus
#coronavirus
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan