awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
13/09/2023
11:02 MYT
'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy
bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu jelas berlandaskan prinsipnya iaitu tidak bekerjasama dengan UMNO dan Ahmad Zahid. - Sumner foto FB Keluar Sekejap
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.
Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu jelas berlandaskan prinsip susulan isu berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Sebab mereka (Ahli Parlimen PH) kata Syed Saddiq menang atas sokongan undi daripada PH. Basis argument ini sebab Syed Saddiq menang atas kerana pengundi di Muar menyokong PH.
"Hujah saya, patut Ahli-Ahli Parlimen PH letak jawatan bukan Syed Saddiq, sebab Syed Saddiq Ahli Parlimen yang jujur dengan polisi platform PH," katanya.
Sebaliknya, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dakwa Khairy, seharusnya berbuat demikian kerana telah melanggar Manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Iaitu tidak bekerjasama dengan UMNO dan Zahid Hamidi. Takda siapa ingat manifesto PH, orang undi PH pada PRU lepas kerana Hoi Hoi Ya Hoi lagu Altimet. Jadi Syed Saddiq seorang sahaja ini yang masih berpegang kepada prinsip tolak Hoi Hoi Ya Hoi, yang lain semua Hoi Hoi Ya Hoi.
"Yang kena letak jawatan dan minta balik mandat daripada pengundi adalah PH kerana melanggar janjinya kepada rakyat," tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
Mengulas lanjut kata Khairy, meskipun Ahli Parlimen Muar itu menjadi pembangkang kuasa ketiga, namun beliau dilihat seolah-olah dibuli.
"Saya bukan penyokong utama Syed Saddiq, tapi saya tak suka pembuli. I dont like bullies. Saya tengok Syed Saddiq dibuli ketika ini seolah-olah orang kata dia tidak ada prinsip," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Shahril Sufian Hamdan
#Keluar Sekejap
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan