awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq ajak pekerja Food Panda berdialog di rumahnya

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/09/2019
15:29 MYT
Syed Saddiq ajak pekerja Food Panda berdialog di rumahnya
Video dan gambar tentang langkah mogok beramai-ramai itu mula tular di susur masa media sosial sejak 27 September lalu. - Foto: twitter.com/SalsabilaOpy
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak pekerja Food Panda, untuk berdialog bersama beliau berkenaan nasib yang kini dihadapi mereka.
Ia susulan beberapa video dan foto tular pada Isnin, yang menunjukkan pekerja syarikat penghantar makanan itu mogok kerana kadar baharu bayaran untuk pekerja diperkenalkan.
"Saya bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja Food Panda yang kini sedang menuntut pembelaan.
"Majoriti mereka ialah anak muda yang bekerja siang dan malam.
"Sistem ekonomi yang diperkenalkan Food Panda ada baiknya tetapi perlu ada semak imbang yang menyeluruh agar dapat mempertahankan nasib golongan pekerja," katanya menerusi sebuah video yang dikeluarkan melalui akaun Twitternya.
Katanya lagi, beliau akan turut membangkitkan isu ini dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu.
Saya bersimpati dengan nasib pekerja pekerja Food Panda. Saya ingin berdialog dengan saudara untuk pembelaan yang sewajarnya. Isu ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat jemaah menteri. We need better laws governing our Gig Economy. Prioriti kepada pekerja, bukan korporat. pic.twitter.com/fpTQnyW2A2
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 30, 2019
Video dan gambar tentang langkah mogok beramai-ramai itu mula tular di susur masa media sosial sejak 27 September lalu.
Hari ini (Isnin) dikatakan hari kemuncaknya hingga membuatkan orang ramai turut ingin tahu tentang perkembangan tuntutan pekerja syarikat tersebut, hingga ada yang secara terbuka menzahirkan sokongan dan simpati kepada mereka:
Penuh rider foodpanda dekat southkey malam ni buat mogok dan bantahan pic.twitter.com/W2o08y4bVC
— abdö (@akhdgaf) September 27, 2019
pic.twitter.com/uQkcJ799ES
— abdö (@akhdgaf) September 30, 2019
In solidarity with the Foodpanda workers! I will not be using @foodpanda_my until the workers demands are fulfilled. They all need our support. Dont cross the picket line. https://t.co/LWlSFZkjt8
— Fadiah Nadwa Fikri (@FadiahNadwa) September 30, 2019
Topic Berkaitan
#Food Panda
#syarikat penghantaran
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan